Home Semasa Kes COVID-19 melonjak kepada 17,405 hari ini

Kes COVID-19 melonjak kepada 17,405 hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan jangkitan tertinggi iaitu dengan 17,405 kes direkodkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pertambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak berkenaan di Malaysia meningkat kepada 1,061,476 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak 7,171 kes dengan diikuti Kuala Lumpur (2,880) dan Kedah (1,112).

Seterusnya, Sabah sebanyak 913 kes, Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Perak (583), Kelantan (532), Melaka (531), Sarawak (464), Pahang (429), Terengganu (490) dan Putrajaya (68).

Manakala, Labuan dan Perlis mencatatkan kes terendah iaitu masing-masing 16 dan 3 kes pada hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 16,117 kes harian baharu dan 207 kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply