Home Semasa COVID-19: Kes melonjak semula ke 16,117 jangkitan, Selangor lepasi angka 6 ribu

COVID-19: Kes melonjak semula ke 16,117 jangkitan, Selangor lepasi angka 6 ribu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Jul – Kes harian COVID-19 di Malaysia kembali melonjak hari ini apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 16,117 kes berbanding 14,516 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pertambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak berkenaan di Malaysia meningkat kepada 1,044,071 kes, hari ini.

Menurutnya, Selangor masih menjadi penyumbang utama kes harian tersebut dengan mencatatkan 6,616 kes dan diikuti Kuala Lumpur (2,457) kes.

Sebanyak 1,000 kes direkodkan di Kedah, Johor (907), Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317) dan Putrajaya (112).

Manakala, Labuan dan Perlis mencatatkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 11 dan 2 kes pada hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 14,516 kes harian baharu dan 207 kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply