Home Semasa COVID-19: 14,516 kes harian, 207 kematian hari ini

COVID-19: 14,516 kes harian, 207 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Jul – Jumlah jangkitan COVID-19 menurun kepada 14,516 kes hari ini selepas melonjak ke paras tertinggi dengan 17,045 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi hantaran di media sosialnya berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes harian wabak berkenaan meningkat kepada 1,027,954 kes pada hari ini.

Selangor turut mencatat penurunan kira-kira 2,000 kes kepada 6,508 berbanding 8,500 kes pada Ahad.

“Johor telah mencatatkan sebanyak 1,449 kes, Kuala Lumpur (1,425) dan Kedah (1,160),

“Diikuti Sabah (720); Perak (590); Negeri Sembilan (452); Pulau Pinang (402); Sarawak (356); Pahang (386); Melaka (373); Kelantan (346); Terengganu (245); WP Putrajaya (94); Labuan (8) dan Perlis (2),” katanya.

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 9,372 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 853,913 kes.

“Jumlah kes aktif pula dilaporkan sebanyak 165,840 kes di mana, 1,009 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 524 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” tambahnya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan 207 kes kematian pad ahari ini dan ia menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak tersebut di dalam negara sebanyak 8,201 kes.

Semalam, Malaysia mencatatkan 17,045 kes harian dan ia merupakan kes tertinggi yang pernah dilaporkan sejak penularan wabak ini melanda negara. Selain itu, 92 kes kematian turut direkodkan pada Ahad. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply