Home Semasa Jumlah kes COVID-19 Malaysia lebihi paras 1 juta

Jumlah kes COVID-19 Malaysia lebihi paras 1 juta

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jul –Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia sebanyak 17,045 kes dalam tempoh 24 jam, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, penambahan kes jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak tersebut di dalam negara meningkat kepada 1,013,438 kes.

Ia juga merupakan rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut. Jumlah kes baru semalam adalah 15,902 kes manakala 15,573 kes untuk hari sebelumnya.

Selangor masih kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 8,500 kes pada hari ini.

“Ia diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak 2,045 kes, Kedah (1,216); Johor (950); Sabah (818); Perak (609); Pulau Pinang (573); Negeri Sembilan (513); Pahang (424); Sarawak (407); Melaka (370) dan Kelantan (266),

“Selain itu, Terengganu mencatatkan sebanyak 273 kes, WP Putrajaya (50); WP Labuan (21) dan Perlis (10) kes,” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 15,902 kes baharu dan 184 kes kematian akibat wabak ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply