Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok seludup di Semporna

Polis Marin rampas rokok seludup di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 23 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan seorang lelaki cuba seludup rokok tanpa cukai di kawasan Laut Kampung Selamat, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pasukan telah membuat rondaan di Kawasan Laut Kampung Selamat telah mengesan sebuah bot laju yang dijurangi oleh seorang lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan.

“Setelah pasukan memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri di kawasan bakau Kampung Selamat,

“Hasil pemeriksaan keatas bot mendapati 2 karung putih berisi rokok putih dan 1 beg hitam berisi kotak rokok,

“Suspek dipercayai membawa rokok tanpa cukai yang diseludup dari Filipina,

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM43 ribu,” katanya.

Dalam pada itu, kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, rampasan di bawa ke Markas Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply