Home Semasa COVID-19: Terus melonjak angka 15,573 kes hari ini

COVID-19: Terus melonjak angka 15,573 kes hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jul – Kes jangkitan baharu positif COVID-19 di Malaysia sekali lagi merekodkan angka tertinggi dengan 15,573 kes direkodkan, pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di media sosialnya berkata, penambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di dalam negara meningkat kepada 980,491 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan merekodkan sebanyak 7,672 kes.

“Diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,063 kes, Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682) dan Pualau Pinang (530),

“Turut diikuti Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (41) dan Perlis (3),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 13,034 kes baharu dengan134 kes kematian akibat wabak COVID-19. -airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply