Home Pertahanan dan Keselamatan Warga asing, pemegang kad UNHCR wajib patuhi undang-undang – Hamzah

Warga asing, pemegang kad UNHCR wajib patuhi undang-undang – Hamzah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Semua individu yang berada di Malaysia, wajib mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, termasuk warga asing serta juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi penguatkuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan dalam negara.

“Saya telah arahkan semua agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan dalam negara,

“Semua pihak seharusnya memberikan kerjasama kepada anggota penguatkuasaan yang sedang menjalankan tugas bagi memastikan kedaulatan negara dan kepentingan awam dapat dipelihara,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau berkata demikian, merujuk kepada beberapa kes pelanggaran prosedur standard operasi (SOP) dalam kalangan warga asing baru-baru ini. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply