Home Semasa 11,985 jumlah jangkitan baharu COVID-19

11,985 jumlah jangkitan baharu COVID-19

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 21 Jul – Kes harian baharu COVID-19 di Malaysia terus merekodkan 5 angka dengan mencatatkan 11,985 kes hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 951,884 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di media sosialnya berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu COVID-19 hari ini dengan Selangor kekal menjadi penyumbang utama iaitu sebanyak 5,550 kes.

Kuala Lumpur ditangga kedua dengan mencatatkan 1,174 kes baharu; Kedah (800); Negeri Sembilan (745); Johor (644); Pahang (600); Sabah (474); Melaka (453); Kelantan (386); Pulau Pinang (362); Perak (274) dan Sarawak (261) kes.

Selain itu, Terengganu merekodkan 171 kes, manakala Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (2).

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, 12,366 kes positif baharu dan 93 kes kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply