Home Semasa Surat MITI tak laku untuk rentas negeri 18-21 Julai

Surat MITI tak laku untuk rentas negeri 18-21 Julai

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani telah menegaskan surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak akan diterima oleh pihak polis sebagai kelulusan pergerakan rentas negeri yang sah mulai 18 hingga 21 Julai ini.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) di kawasan sempadan negeri telah diarahkan untuk tidak menerima surat kebenaran MITI sebagai kelulusan untuk pergerakan rentas negeri,

“Ini bagi menggelakkan pihak tidak bertanggungjawab dari menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan rentas negeri semasa Hari Raya Aidiladha,” katanya dalam satu kenyataan.

Acryl Sani turut menjelaskan larangan tersebut tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis dan urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Beliau menambah, pihak polis telah mengesan berlakunya peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya semenjak 2 hari lalu.

Related Articles

Leave a Reply