Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Pulau Pinang tumpas 2 sindiket dadah bernilai RM3.5 juta

Polis Pulau Pinang tumpas 2 sindiket dadah bernilai RM3.5 juta

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 14 Jul – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau pinang berjaya menumpaskan 2 sindiket dadah dalam beberapa tangkapan berasingan pada 6 hingga 12 Julai lalu yang bernilai RM3.5 juta.

Ketua Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis telah menyerbu 3 buah rumah di Perai, Seberang Jaya dan Simpang Ampat bermula pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam Isnin lalu.

Beliau berkata, pihak polis telah menahan 2 lelaki berusia 34 dan 42 tahun serta merampas 27 bungkusan syabu seberat 29.1 kilogram (kg) dalam serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Perai,

“Hasil pemeriksaan lanjut medapati, seorang wanita berumur 25 tahun dipercayai menjadi dalang utama dalam sindiket pengedaran dadah ini,

“Hasil rampasan di rumah tersebut mendapati sejumlah wang tunai RM76 ribu serta pelbagai barangan kemas bernilai RM55 ribu yang dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga telah merampas  sepucuk pistol, satu kelopak bersama 13 butir peluru, 4.3 kg heroin base, heroin 8.6 kg dan kafein sebanyak 52.1 kg dalam sebuah rumah di Seberang Jaya.

“Polis membuat sebuan susulan sebelum menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun di Simpang Ampat yang dipercayai salah seorang anggota sindiket itu,

“Kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1.4 juta dipercayai untuk pasaran di tempatan dan boleh digunakan oleh seramai 404,500 penagih jika terlepas ke pasaran,

“Polis turut menyita 9 buah kenderaan iaitu 6 buah kereta, motosikal berkuasa tinggi, lori dan basikal bernilai RM366 ribu serta 4 suspek bagi kes ini kini direman selama tujuh hari,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah 1952,” ujarnya.

Mohd Shuhaily menambah, pihaknya turut menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas 2 bot nelayan berlangar di kawasan Sungai Kuala Muda, Penaga.

Menurutnya, pihaknya berjaya menahan 2 lelaki berusia 38 tahun dan 42 tahun di Kepala Batas bagi membantu siasatan pada 6 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 60 kg syabu bernilai RM2.1 juta,

“Seorang daripada 3 lelaki daripada bot yang membawa dadah tersebut telah terjatuh ke dalam laut dan polis bersama pihak bomba menjalankan operasi mencari serta menyelamat,

“Selepas 3 hari pasukan penyelamat tidak menjumpai apa-apa barang bukti dan polis tidak menolak kemungkinan suspek telah melarikan diri.” tambahnya.

Sementara itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan kini pihak polis masih mengesan 2 lagi lelaki termasuk individu yang terjun ke dalam sungai itu iaitu Muhammad Azim Zahari,19 dan Mohd Azha Tajuddin, 32. Kedua-dua mangsa berasal dari Penaga. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply