Home Semasa Kes baharu COVID-19 terus melonjak dengan 11,618 kes

Kes baharu COVID-19 terus melonjak dengan 11,618 kes

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 14 Jul – Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu 11,618 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, angka jangkitan baharu ini menjadikan jumlah kumulatif dalam negara sebanyak 867,567 kes.

Menurutnya, Selangor kekal mencatat bilangan kes jangkitan yang tertinggi dengan 5,051 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,749 dan Negeri Sembilan (1,537).

Manakala, Melaka sebanyak 526; Kedah (504); Pahang (400); Johor (396); Sarawak (289); Sabah (286); Kelantan (236); Pulau Pinang (210); Terengganu (189); Perak (164); Putrajaya (40); Labuan (38) dan Perlis (3).

Semalam, Malaysia merekodkan kes baharu sebanyak 11,079 kes dengan 125 kematian dicatatkan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply