Home Semasa COVID-19: Malaysia catat angka kes jangkitan harian tertinggi

COVID-19: Malaysia catat angka kes jangkitan harian tertinggi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Angka harian kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus meningkat dan mencatatkan paras tertinggi setakat ini.

Terbaharu, sebanyak 9,180 kes baharu telah dikesan pada hari ini. Sebelum ini, paras tertinggi adalah 9,020 kes yang dicatatkan pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya mengesahkan angka mutakhir kes.

Menurut beliau, Selangor mencatatkan sebanyak 4,400 kes manakala Kuala Lumpur 1,271.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 setakat ini adalah 817,838 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply