Home Politik UMNO batal sokongan terhadap Muhyiddin – Zahid Hamidi

UMNO batal sokongan terhadap Muhyiddin – Zahid Hamidi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Julai – “Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin selaku Perdana Menteri ditarik balik dan ditamatkan serta merta,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau dalam satu sidang media maya yang disiarkan di laman media sosial rasmi UMNO turut mendesak agar Perdana Menteri agar berundur secara terhormat.

“Justeru, UMNO mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan pendirian UMNO untuk menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply