Home Semasa Perdana Menteri dan Kabinet masih kekal – Peguam Negara

Perdana Menteri dan Kabinet masih kekal – Peguam Negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hari ini menegaskan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih kekal untuk meneruskan tugas mereka seperti biasa.

“Dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri tidak mendapat kepercayaan dari majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui  kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik,” jelasnya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut meminta Perdana Menteri untuk meletak jawatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply