Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan di Sandakan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan di Sandakan

by Nurulhuda

SANDAKAN 7 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan telah menahan 4 orang lelaki kerana disyaki membawa barang kawalan tanpa permit pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Nunuyan, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, bot suspek ditahan ketika bergerak dalam keadaan mencurigakan dan semasa pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat 2 bot jenis jongkong masing-masing dijuragani seorang lelaki dan seorang awak-awak yang berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 28 tahun berada di bot masing-masing.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas jongkong-jongkong tersebut mendapati terdapat barang kawalan.

“Jongkong dan enjin turut dirampas serta nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM63,258.00,

“Jurangan terbabit juga gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua barang kawalan yang dibawanya,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM.

Selain itu, Rusdin Banin turut menyeru masyarakat maritim dan persisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply