Home Pertahanan dan Keselamatan 3 KAD bantu laksana kuatkuasa PKPD di Taman Nagasari

3 KAD bantu laksana kuatkuasa PKPD di Taman Nagasari

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 7 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi pasukan Rejimen Ke 3 Kor Armor Diraja (3 KAD) telah ditugaskan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Nagasari.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Briged) berkata, pemasangan kawat duri yang dipasang sepanjang 2.1 kilometer di kawasan tersebut dijayakan hasil kerjasama agensi yang terlibat.

“Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kawasan Taman Nagasari berkuatkuasa mulai 4 hingga 17 Julai 21 akibat peningkatan kes penularan COVID-19,

“3 KAD melaksanakan Operasi Penawar (Op Penawar) di KTJ Seberang Perai yang merangkumi tiga daerah di Pulau Pinang mulai 31 Mei 21 sehingga sekarang,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan PKPD di taman ini ekoran pengesanan peningkatan kes COVID-19 dalam tempoh yang singkat di kawasan berkenaan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 1,350 ujian saringan telah dilakukan dan daripada itu, 118 penduduk dikesan positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan tinggi,

“Pelaksanaan PKPD untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu,” ujarnya.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply