KUALA LUMPUR, 5 Julai – Saham Serba Dinamik Holding Berhad hari ini ditutup pada paras 48.5 sen.
Harga mutakhir saham semasa pasaran Bursa Malaysia ditutup merupakan peningkatan sebanyak 10 sen berbanding Jumaat lalu iaitu 38.5 sen.
Saham turut dibuka pada paras tinggi iaitu 41 sen pada hari ini.
Sebanyak 1.49 bilion unit saham didagangkan dan menjadikan Serba Dinamik tersenarai sebagai kaunter aktif.
Untuk rekod, saham Serba Dinamik telah mengalami peningkatan selama 4 hari berturut-turut.
Saham mula melonjak pada 30 Jun lalu dan terus meningkat seiring perkembangan semasa yang positif pada Serba Dinamik.
Pada 2 Julai lalu, Serba Dinamik telah mengesahkan pelantikan firma Ernst & Young Consulting Sdn Bhd (EY) sebagai panel penilai bebas.
Perkembangan terbaharu ini dilihat mula memulihkan keyakinan pelabur terhadap Serba Dinamik yang sebelum ini mengalami kemerosotan semenjak akhir Mei lalu. – airtimes.my