Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 2 lelaki bawa 600 liter petrol tanpa permit

Polis Marin tahan 2 lelaki bawa 600 liter petrol tanpa permit

by Air Times News Network

SANDAKAN, 5 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan 2 lelaki kerana membawa 600 liter minyak petrol RON95 tanpa permit yang sah di perairan Tanjung Aru, hari ini.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, pasukannya yang sedang menjalankan risikan telah mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan dikendalikan oleh seorang juragan dan awak-awak masing-masing berumur 23 dan 30 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 21 jeriken minyak petrol dianggarkan berjumlah 600 liter bernilai RM1,230,

“Juragan tersebut juga gagal mengemukakan permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam satu hantaran di media sosial PPM Wilayah 4, Sabah.

Tambahnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk bot yang digunakan dianggarkan bernilai RM27,230.00 telah dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,

“Masyarakat maritim disaran untuk menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsapp ke talian 0132831197 atau di mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply