Home Semasa Parlimen bersidang 5 hari mulai 26 Julai ini

Parlimen bersidang 5 hari mulai 26 Julai ini

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 5 Jul – Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos depan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, bagi sesi Dewan Rakyat pula dibuat selama 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament),” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply