Home SemasaGlobal Mesir buka pangkalan tentera laut di Laut Mediterranean

Mesir buka pangkalan tentera laut di Laut Mediterranean

by Air Times News Network

RAS GARGOUB, 4 Jul – Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi merasmikan pangkalan tentera laut baharu di Laut Mediterranean, semalam.

Pejabat Abdel Fattah el-sisi yang dipetik AP berkata, pangkalan tersebut bagi mengukuhkan ketenteraan Mesir, sempadan utara dan barat serta laluan perkapalan.

Majlis pelancaran itu, telah disiarkan rangkaian televisyen Mesir dihadiri Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan dan Ketua Dewan Presiden parti pemerintah Libya, Mohammed al-Menfi.

Pangkalan tersebut terletak di daerah Gargoub, kira-kira 255 kilometer barat dari kota Alexandria di Mediterranean.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir memodenkan ketenteraanya, dengan membeli senjata canggih dan membuka pangkalan baharu.

Pada 2017, Mesir membuka sebuah pangkalan tentera di wilayah barat laut negara itu, Marsa Matrouh sempena nama bekas Presiden Mohammed Naguib iaitu seorang pegawai tentera Mesir yang menjadi presiden pertama negara itu pada tahun 1950-an.

Pangkalan tersebut merupakan yang terbesar di Timur Tengah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply