Home Pertahanan dan Keselamatan Dah ceroboh masuk Malaysia, bawa dadah pula

Dah ceroboh masuk Malaysia, bawa dadah pula

by Nurulhuda

LUNDU, 2 Jul – Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan 2 orang lelaki tempatan dan 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama sebekas plastik berisi dadah jenis syabu di kawasan kampung Jampari, Lundu, kelmarin.

PGA menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kesemua mereka ditahan ketika anggota Batalion 11 PGA sedang melaksanakan rondaan dan telah menahan sebuah kenderaan MPV jenis Produa Aruz dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 2 lelaki tempatan tersebut dipercayai tekong yang membawa warganegara Indonesia masuk ke Malaysia menggunakan jalan yang tidak sah,

“Kesemua PATI warga Indonesia tersebut juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Anggota turut menjumpai 1 uncang warna hitam yang di dalamnya mengandungi sebungkus plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi bahan warna putih disyaki dadah jenis syabu yang disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan,”katanya.

Keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 52,930.00 melibatkan sebuah kereta, telefon bimbit, satu bungkusan plastik disyaki dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM 380.00, wang tunai dan alat penimbang Digital Scale.

Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada IPD Lundu untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Dadah Berbahaya 1952. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply