Home Semasa COVID-19: Kes harian terus hampiri 7,000, Selangor kekal paling tinggi

COVID-19: Kes harian terus hampiri 7,000, Selangor kekal paling tinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Kes harian COVID-19 di negara terus menunjukkan peningkatan yang menghampiri angka 7,000 dengan mencatatkan 6,982 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, angka terbaharu itu hari ini menjadikan jumlah kumulatif ialah 765,949 kes.

Semalam, jumlah kes harian yang direkodkan adalah 6,988 kes dengan 84 kematian dicatatkan.

Selangor terus kekal mencatat kes harian jangkitan tertinggi dengan 2,907 kes, diikuti Kuala Lumpur (637) dan Negeri Sembilan (606).

Selain itu, Johor (517); Sarawak (440); Pulau Pinang (351); Pahang (329); Kedah (257); Sabah (230); Melaka (202); Perak (189); Labuan (131); Kelantan (129); Terengganu (44); Putrajaya (20); dan Perlis (0). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply