Home Ekonomi Calon pengarah bebas baharu Serba Dinamik bakal perkukuh imej syarikat

Calon pengarah bebas baharu Serba Dinamik bakal perkukuh imej syarikat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Calon pengarah bebas baharu Serba Dinamik Hoding Berhad dijangka akan memperkukuhkan lagi imej syarikat.

Menurut sumber, barisan pengarah tersebut akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh 4 pengarah bebas yang meletak jawatan pada akhir Jun lalu.

“Pelantikan pengarah bebas baharu ini adalah terdiri daripada mereka yang berketerampilan dan mampu untuk membantu Serba Dinamik dalam menghadapi situasi semasa,” kata sumber.

Pada akhir Jun lalu, 4 orang pengarah bebas telah meletak jawatan mereka dari Serba Dinamik. Ini berikutan perbezaan pendapat mereka dengan pihak syarikat berhubung pemecatan KPMG sebagai auditor kepada Serba Dinamik.

Serba Dinamik bertindak memecat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap KPMG yang didakwa cuai dalam melakukan pengauditan. Kecuaian tersebut telah menyebabkan para pelabur Serba Dinamik mengalami kerugian lebih RM 3 bilion.

Selain daripada itu, saham syarikat telah merudum teruk dari paras RM1.60 ke paras 30 sen dalam masa sebulan.

Semenjak 2 hari lalu, harga saham Serba Dinamik mengalami peningkatan dari paras 30 sen ke 38 sen.

Pada hari ini, saham Serba Dinamik berlegar di paras 37 sen ke 39 sen selepas dibuka pada harga 38 sen.

“Pelantikan barisan pengarah baharu dan juga penilai bebas dijangka memberi impak positif kepada Serba Dinamik,” jelas sumber kepada Air Times. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply