Home SemasaGlobal Vaksin Moderna berkesan terhadap varian Delta – Pengeluar

Vaksin Moderna berkesan terhadap varian Delta – Pengeluar

by M.Daim

WASHINGTON, 29 Jun – Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna menegaskan vaksin COVID-19 keluaran syarikat itu berkesan untuk mengatasi pelbagai varian COVID-19 termasuk varian Delta.

Menurutnya, ujian makmal menunjukkan vaksin Moderna turut mampu untuk melawan varian lain termasuk varian Beta, Kappa, dan Eta.

“Hasil kajian terbaharu ini mengukuhkan harapan kita bahawa vaksin Moderna mampu untuk melindungi individu dari jangkitan varian baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel.

Ujian yang dilakukan di dalam makmal menggunakan sampel 8 individu yang telah menerima suntikan dos kedua vaksin Moderna.

Difahamkan, kesemua individu terbabit telah menerima dos kedua dalam tempoh seminggu sebelum ujian sampel diadakan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply