Home SemasaGlobal Pemimpin kanan Hezbollah dibunuh di Syria

Pemimpin kanan Hezbollah dibunuh di Syria

by M.Daim

DAMSYIK, 29 Jun – Pemimpin kanan Hezbollah di Selatan Syria, Aref Al-Jahmani dilaporkan maut selepas diserang oleh kumpulan bersenjata pada Sabtu lalu.

Menurut Arab News, Aref dibunuh di bandar Saida, Deraa.

Aref yang merupakan komander kumpulan separa tentera dilaporkan dibunuh ketika memandu kereta di lebuh raya menghubungkan Saida dan al-Gharya.

Hezbollah merupakan sekutu rapat Presiden Bashar Assad dan terlibat dalam konflik bersenjata di negara itu semenjak 2013. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply