Home SemasaGlobal Misi pengaman PBB di seluruh dunia akan tergendala Khamis ini

Misi pengaman PBB di seluruh dunia akan tergendala Khamis ini

by M.Daim

NEW YORK, 29 Jun – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengarahkan pasukan pengaman diseluruh dunia untuk bersiap sedia menghadapi situasi luar jangka berikutan belanjawan organisasi itu belum diluluskan.

Ketua Pengurusan Strategi, Polisi dan Pematuhan PBB, Catherine Pollard menyatakan sebanyak 12 misi pengaman yang sedang berjalan telah diberikan arahan tersebut.

Menurut beliau, ia adalah sebagai langkah persiapan sekiranya belanjawan tersebut gagal diluluskan sebelum 30 Jun ini.

“Pada masa yang sama, kami berharap dan yakin negara anggota PBB akan mencapai kata sepakat,” kata Pollard yang dipetik oleh Reuters.

Beliau menambah, sekiranya belanjawan tersebut gagal diluluskan pada 30 Jun ini, PBB hanya mampu untuk keluarkan belanjawan yang terhad untuk melindungi aset, staf dan anggota pengaman.

Sementara itu, Ketua Pengaman PBB, Jean-Pierre Lacroix menyatakan misi pengaman akan menjadi lebih terhad.

“Misi seperti melindungi penduduk awam, membendung penularan COVID-19 dan usaha menamatkan konflik akan tergendala,” katanya.

Belanjawan PBB untuk tahun 2022 gagal diluluskan oleh para perwakilan 193 negara berikutan beberapa isu yang timbul.

Antara faktor yang menjadi punca adalah prosedur rundingan, logisitik dan pertelingkahan antara China-Barat.

Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada belanjawan tersebut sebanyak 28%.

China menyumbang sebanyak 15.2% dan Jepun 8.5%. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply