Home Semasa 107 korban COVID-19 hari ini

107 korban COVID-19 hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPU, 29 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesahkan sebanyak 107 lagi kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan kes tersebut menjadikan jumlah kes kematian akibat wabak berkenaan meningkat melebih angka 5,000 kes iaitu sebanyak 5,108 kes.

“Sebanyak 107 kes kematian melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 7 kes di Kedah, dan Melaka,

“Manakala, 6 kes dicatatkan di Johor, masing-masing 4 kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing 2 kes di Sarawak dan Pahang, serta 1 kes di Terengganu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, angka kes aktif juga terus meningkat kepada 62,844 kes termasuk 905 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 455 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Dr Noor Hisham telah melaporkan sebanyak 6,437 kes baharu direkodkan dengan 14 kes adalah kes import, manakala jumlah keseluruhan kes COVID-19 di dalam negara meningkat kepada 745,703 kes.

“Kes sembuh pula sebanyak 5,298 kes dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 677,751 kes,” ujarnya.

KKM juga telah mengenal pasti 27 kluster baharu pada hari ini, di mana 13 daripadanya dikesan melalui saringan di komuniti, 12 di tempat kerja dan masing-masing satu kluster dari kumpulan berisiko tinggi serta Institusi Pendidikan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply