Home SemasaGlobal UAV Amerika Syarikat lancar serangan udara terhadap militia Iran

UAV Amerika Syarikat lancar serangan udara terhadap militia Iran

by M.Daim

WASHINGTON, 28 Jun – Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran di Iraq dan Syria.

Pihak Pentagon dalam satu kenyataan menjelaskan serangan tersebut dilakukan dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) .

“Serangan dilakukan terhadap dua fasiliti di Syria dan satu di Iraq. Kesemua fasiliti ini adalah terletak berhampiran dengan sempadan kedua-dua negara,” kata Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby.

Menurutnya, kesemua fasiliti tersebut digunakan oleh militan yang disokong oleh Iran termasuk Kataib Hezbollah dan Kataib Sayyid al-Shuhada. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply