Home Semasa COVID-19: Malaysia terus catat angka lebih 5,000 jangkitan baharu

COVID-19: Malaysia terus catat angka lebih 5,000 jangkitan baharu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus melebihi paras 5,000 dengan merekodkan sebanyak 5,586 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian baharu wabak berkenaan meningkat kepada 739,266 kes.

Menurutnya, Selangor terus kekal mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu dengan 2,212 kes.

“Ia disusuli Kuala Lumpur dengan mencatatkan 628 kes, Sarawak (513), Negeri Sembilan (501), Melaka (380), Johor (312), Perak (229), Sabah (190), Pulau Pinang (138), Kelantan (133), Kedah (129), Pahang (118), Labuan (83), Terengganu (16) dan Putrajaya (4),

“Manakala, Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” jelasnya dalam ciapan Twitternya, hari ini.

Semalam, Malaysia mencatatkan 5,586 kes baharu COVID-19 dan 60 kes kematian akibat wabak itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply