Home Semasa COVID-19: 5,803 lagi kes baharu, Selangor kekal catat jangkitan tertinggi

COVID-19: 5,803 lagi kes baharu, Selangor kekal catat jangkitan tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,803 lagi jangkitan baharu dicatat di Malaysia dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 728,462 kes.

Beliau berkata, Selangor terus kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 2,108 kes, diikuti Negeri Sembilan (741); Kuala Lumpur (628) dan Sarawak (491) kes.

“Sementara itu, Melaka pula mencatatkan 355 kes, Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137) dan Kelantan (103) kes,

“Labuan pula (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) manakala, Perlis (4) kes,” menurut ciapan Twitter beliau, hari ini.

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 5,812 kes baharu positif dan 82 kes kematian akibat wabak ini. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply