Home SemasaGlobal Rusia beri amaran akan bom kapal tentera laut Britain

Rusia beri amaran akan bom kapal tentera laut Britain

by Air Times News Network

MOSCOW, 25 Jun – Rusia memberi amaran akan mengebom kapal tentera laut Britain di Laut Hitam jika terdapat tindakan provokatif lebih lanjut dari tentera laut negara itu di Wilayah Pantai Crimea, pada Khamis.

Menurut laporan Reuters, Rusia telah memanggil Duta Besar Britain di Moscow, Deborah Bronnert selepas kapal perang tentera laut Britain didakwa menceroboh perairan milik Ukraine.

Namun, Britain menyatakan bahawa Rusia memberikan laporan yang tidak tepat mengenai kejadian itu.

Ini kerana tiada tembakan amaran dilepaskan dan tidak ada bom yang dijatuhkan keatas kapal perang mereka.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menuduh London berbohong mengenai perkara itu.

Manakala Timbalan Menteri Luar, Sergei Ryabkov pula menegaskan, mereka menuntut penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan jika tidak berhasil, serangan bom akan dilancarkan

Ryabkov merujuk kejadian pesawat Rusia mengebom laluan kapal perang Britain dan pada masa depan mereka akan benar-benar menyasarkan bom.

Laut Hitam digunakan Rusia untuk menguji kekuatannya dan perairan itu sering menjadi pertikaian selama berabad-abad dengan Turki, Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.

 

 

Related Articles

Leave a Reply