Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Surat palsu: Hishammuddin lapor polis, gesa dalang diambil tindakan – Air Times News Network
Home PolitikBarisan Nasional Surat palsu: Hishammuddin lapor polis, gesa dalang diambil tindakan

Surat palsu: Hishammuddin lapor polis, gesa dalang diambil tindakan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat laporan polis susulan penyebaran sepucuk surat yang mendakwa beliau mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan untuk menubuhkan kerajaan baharu dan menjadi Perdana Menteri.

Hishammuddin menerusi hantaran di media sosialnya berkata, laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Laporan ini dibuat bagi mengesahkan bahawa surat tersebut, kepala surat, tandatangan dan cop perakuan penerimaan adalah palsu serta telah direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,

“Dengan laporan ini juga, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik perbuatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya,” tegasnya.

Pada masa sama, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau konsisten dengan menolak politik fitnah dan kebencian yang tidak sepatutnya terus menjadi amalan politik negara, apatah lagi kita sedang berdepan situasi getir ekoran pandemik COVID-19 ketika ini.

Semalam, sepucuk surat tersebar di media sosial yang kononnya mendakwa Hishammuddin memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan jumlah sokongan sebagai Perdana Menteri. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?