Home Semasa COVID-19: 5,841 kes baharu, Selangor kekal rekod catat jangkitan tertinggi

COVID-19: 5,841 kes baharu, Selangor kekal rekod catat jangkitan tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kes jangkitan positif harian COVID-19 kembali meningkat dengan 5,841 kes berbanding semalam 5,244 sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara meningkat kepada 716,847 kes.

Menurutnya, Selangor masih kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,072 kes baharu dengan jumlah kumulatif sebanyak 235,120 kes.

Ia diikuti, Negeri Sembilan (781); Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271); Melaka (247); Labuan (212); Sabah (203); Pahang (162); Kelantan (135); Perak (120); Pulau Pinang (108); Terengganu (29); Putrajaya (17) dan Perlis (5).

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 6,372 kes sembuh dan 83 kes kematian akibat wabak ini. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply