Home Pertahanan dan Keselamatan ATM bantu percepat proses pemberian vaksin di Sabah – Hajiji

ATM bantu percepat proses pemberian vaksin di Sabah – Hajiji

by Nurulhuda

SIPITANG, 24 Jun – Usaha pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan inisiatif Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) telah mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada penduduk di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berharap lebih banyak usaha sedemikian dapat dilaksanakan di daerah lain di negeri ini.

“Pihak ATM telah membantu membawa vaksin ke bahagian Pedalaman Sabah, di Kampung Long Pasia, Sipitang,

“Dengan kerjasama agensi kerajaan ini akan memudahkan dan melancarkan lagi proses vaksinasi rakyat terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman,” katanya dalam hantaran di media sosial miliknya, hari ini.

Beliau berkata, sehingga semalam, lebih daripada 350,000 orang menerima vaksin termasuk kira-kira 10,000 anggota tentera dan lebih 30 peratus penduduk telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.

“Kami berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini, apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

Terdahulu, Hajiji telah meninjau proses pemberian vaksin yang dilaksanakan oleh ATM dan Pejabat Kesihatan Daerah Sipitang di Kampung Long Pasia hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr. Zulkapli Mohammad; dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

Semalam, ATM telah mengaturgerakan 10 anggota termasuk pegawai perubatan untuk meneruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ke pendalaman Sabah.

Menurut Markas 5 Div, pelaksanaan program yang melibatkan usahasama antara 5 Div dengan kerajaan negeri serta agensi awam yang lain ini adalah demi kesejahteraan dan manfaat kepada rakyat negeri Sabah dalam pgrom tersebut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply