GEORGETOWN, 21 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang berjaya merampas 50 set bubu naga di empat lokasi berbeza di persisir pantai Penaga, Seberang Perai Utara, kemarin.
Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, anggota ronda operasi bersepadu Operasi Pertiwi dan Operasi Benteng Laut telah mengesan beberapa pelampung yang mencurigakan di permukaan air.
“Hasil pemeriksaan kempat-empat lokasi mendapati telah mengesan bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggujawab,
“Kesemua 50 set bubu naga telah dirampas yang berjumlah RM 6,000.00 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut,
“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam hantaran di media sosial milik APMM.
Sementara itu, Abd Razak turut mengingatkan nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melangar syarat lesen perikanan yang talah diperuntukkan.
“APMM akan terus memantau aktiviti haram dari masa kesemasa, sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146,” tambahnya. -airtimes.my