Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 4 lelaki miliki dadah jenis syabu

Polis Marin tahan 4 lelaki miliki dadah jenis syabu

by Air Times News Network

KUDAT, 20 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menahan 4 lelaki atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu dalam dua operasi berasingan di Kampung Lanjong Kudat pada petang khamis lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, tangkapan keatas 3 lelaki bersama 2 buah kenderan mendapati 3 paket plastik yang mengandungi ketulan hablur jernih yang di syaki dadah jenis syabu.

Dalam pada itu, satu pemeriksaan berasingan di sebuah rumah tidak beralamat di Kampung Lajong telah menahan seorang lelaki yang memiliki 1 paket plastik lutsina yang dipercayai barang yang sama.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk barang-barang peribadi milik suspek berjumlah sebanyak RM 52,340.00,

“Kes disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952,

“Tangkapan dan barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply