Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 210 bungkus rokok seludup dalam rumah

Polis Marin rampas 210 bungkus rokok seludup dalam rumah

by Air Times News Network

KUDAT, 19 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah 210 bungkus rokok pelbagai jenama dan tidak bercukai disorok dalam rumah, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat, ASP Rizauddin Selamat berkata, sewaktu menjalankan Operasi Benteng COVID-19, pasukannya telah menyerbu sebuah rumah yang tidak beralamat di Kampung Pengaraban, Kudat pada jam lebih kurang 5 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan telah menjumpai sejumlah 210 bungkus rokok yang dipercayai tidak bercukai bersama seorang lelaki dewasa berumur 26 tahun,

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,755.00,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman media rasmi Pasukan Polis Marin.

Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967,” tambahnya – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply