Home Semasa COVID-19: 5,738 kes baharu, Selangor kekal catat angka tertinggi

COVID-19: 5,738 kes baharu, Selangor kekal catat angka tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Sebanyak 5,738 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara meningkat ke 678,764 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,858 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (1,086) dan Kuala Lumpur (641).

“Ia disusuli Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Pulau Pinang (97), Labuan (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) dan Putrajaya (7),

“Manakala Perlis hari ini tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 5,150 kes baharu COVID-19 dan 73 korban akibat wabak ini. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply