Home Semasa Negaraku berkumandang di bumi Barcelona

Negaraku berkumandang di bumi Barcelona

by M.Daim

BARCELONA, 14 Jun – Lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di Litar Catalunya apabila pelumba muda negara, Syarifuddin Azman telah menjuarai perlumbaan pertama Moto3 Kejohanan FIM CEV Repsol 2021.

Dalam perlumbaan yang berlangsung semalam, Syarifuddin berjaya mendahului dua perlumba Sepanyol, David Munoz Rodriguez serta Jose Antonio Rueda Ruiz yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pelumba berusia 20 tahun itu memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-10 dan berjaya menamatkan saingan 16 pusingan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?