Home Pertahanan dan Keselamatan Pertahankan kedaulatan Malaysia dari penjajahan PATI – Halim MCCF

Pertahankan kedaulatan Malaysia dari penjajahan PATI – Halim MCCF

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Rakyat Malaysia diseru memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tanah air dalam mempertahankan kedaulatan negara dari penjajahan alaf baru.

Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata, penjajahan alaf baru oleh warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) akan memberikan ancaman dan kesan kepada negara.

“Penjajahan alaf baru oleh warga asing di Malaysia di seluruh pelusuk tanahair yang mengancam ekonomi, sosial, penyakit, jenayah dan budaya,

“Lebih menyedihkan terlalu ramai anak-anak tanpa dokumen hasil daripada hubungan seks oleh PATI,

“Perkara ini sudah pasti menjadi masalah besar kepada negara di masa akan datang,” katanya kepada Air Times.

Halim yang juga bekas anggota VAT69 Komando menambah, tindakan sesetengah pihak yang mempertikai usaha kerajaan dalam menangani isu PATI merupakan satu perkara yang telah dijangka.

“MCCF menegaskan agar semua rakyat malaysia bersama-sama menyokong dan mempertahankan tindakan pihak keselamatan dalam memartabatkan maruah Malaysia sebagai negara yang berdaulat,” katanya,

Selain itu, Halim menempelak tindakan sesetengah pihak yang dilihat gagal membezakan aspek kemanusiaan dan kedaulatan negara.

“Kumpulan atau persatuan yang memperjuangkan isu Rohingya perlu memahami perbezaan antara aspek menjaga kedaulatan negara dan kemanusiaan,

“Sekiranya mereka benar-benar prihatin akan nasib etnik tersebut, pihak terbabit perlulah berusaha untuk menempatkan pelarian terbabit ke negara ketiga,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply