Home Semasa Malaysia jangan hipokrit, hormatilah hak pendatang – Amnesty International Malaysia

Malaysia jangan hipokrit, hormatilah hak pendatang – Amnesty International Malaysia

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pihak Amnesty International Malaysia hari ini menegaskan Putrajaya bersikap hipokrit dalam isu pelarian Rohingya.

Pengarah Eksekutif AIM, Katrina Jorene Maliamauv dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia perlu menjelaskan pendirian mereka dalam pelarian di negara ini.

“Ianya adalah satu perkara ganjil apabila pemimpin di negara ini bersuara kepada komuniti antarabangsa tentang isu Palestin dalam tempoh seminggu,

“Tidak lama kemudian mereka mengugut untuk menggunakan kekerasan kepada golongan yang telah dihalau dan mengalami pembersihan etnik di negara mereka,

“Bagaimana kerajaan Malaysia boleh membenarkan pendirian hipokrit sebegini?” katanya.

Beliau menambah, tindakan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat Rohingya merupakan satu penghinaan kepada etnik tersebut.

“Ianya satu penghinaan kepada komuniti yang telah menghadapi ancaman pembersihan etnik, kezaliman yang di luar bayangan untuk beberapa generasi,

“Kita bukan sahaja enggan menerima kehadiran mereka malah turut mengugut untuk menggunakan kekerasan,” ujarnya.

Katrina membidas penyiaran poster yang disiarkan di satu akaun media sosial pihak berkuasa tempatan yang menegaskan kehadiran etnik Rohingya tidak diundang di negara ini.

Isu kehadiran pelarian Rohingya kembali menjadi tumpuan di negara ini selepas 81 warga etnik tersebut mendarat di Acheh Timur, Indonesia pada 4 Jun lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply