Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan 5 PATI Filipina menyelinap masuk ke Sabah

Polis Marin tahan 5 PATI Filipina menyelinap masuk ke Sabah

by Air Times News Network

SANDAKAN , 6 Jun – Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menahan 5 pendatang tanpa izin (PATI) warga Filipina yang cuba menyelinap masuk ke Sabah tanpa permit sah, semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah 4,  Deputi Superitendan Rusdin Banin berkata, tangkapan pada jam 3 pagi di perairan Pulau Nunuyan, berjaya menahan 5 lelaki berusia 17 hingga 28 tahun dari Basilan, Filipina.

Turut dirampas sebuah bot laju dan 2 buah enjin yang digunakan dalam aktiviti tersebut.

Beliau berkata semua rampasan termasuk bot dan enjin bernilai RM14,200.00.

“Kesemua PATI dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sandakan untuk siasatan lanjut,

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4.

Pada masa sama, Rusdin menyarankan masyarakat maritim yang tinggal di persisiran pantai agar menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah di perairan kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 013-2831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai polis berdekatan.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply