Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat kerah anggota bantu PDRM laksana SJR, PKPD di Johor

Tentera Darat kerah anggota bantu PDRM laksana SJR, PKPD di Johor

by Nurulhuda

JOHOR, 4 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengaturgerakkan anggota dan aset bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown di seluruh negeri Johor bermula 1 Jun lalu.

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) dalam hantaran di media sosialnya berkata, anggota dari Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah ditugaskan untuk membantu pihak polis dalam 4 Sekatan Jalan Raya (SJR) di daerah Kluang.

“Anggota 5 RAMD turut melaksanakan pemasangan pagar kawat duri di kawasan tanggungjawab (KTJ) 7 Briged yang diketuai Mejar Mohd Zainul Ariffin Zainal Abidin,

“7 Bgd akan terus komited untuk membantu PDRM dalam melaksanakan pemantauan di kawasan tanggungjawab bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, seramai seorang pegawai dan 20 anggota dari 7 Woksyop Briged (7 Wksp) telah ditugaskan membantu pihak polis dalam melaksanakan 2 SJR di sekitar kawasan Johor Bahru.

“Pasukan 7 Wksp akan terus membantu pihak polis dalam melaksanakan SJR bagi memastikan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) di kawasan yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan supaya kadar jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi dapat dikurangkan,” menurutnya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 1,046 anggota keselamatan yang terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah ditempatkan di 69 buah SJR yang didirikan di seluruh Johor.

Beliau berkata, SJR didirikan di lokasi susur keluar masuk lebuhraya, sempadan negeri serta sempadan-sempadan daerah mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP di setiap negeri.

“Selain itu, 3 SJR telah didirikan di lokasi PKPD di daerah Kluang dan Segamat serta 8 SJR untuk penugasan Operasi Benteng (Op Benteng) di negeri Johor,” ujarnya.

Ayob Khan turut berkata, pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 82 kompaun dalam tempoh 2 hari sejak PKP Penuh 3.0 dilaksanakan membabitkan kompaun keseluruhan bernilai RM210,500.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply