Home Semasa Jangkitan kes baharu COVID-19 menurun 7,748 kes hari ini

Jangkitan kes baharu COVID-19 menurun 7,748 kes hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kadar jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 7,748 kes berbanding 8,209 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak berkenaan di negara meningkat kepada 603,122 kes hari ini.

Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 2,621 kes diikuti Kuala Lumpur (851) dan Negeri Sembilan (709).

“Manakala, Sarawak (706); Johor (446); Perak (371); Sabah (287); Kelantan (286); Kedah (263); Melaka (234); WP Labuan (230); Terengganu (203); Pahang (146); Putrajaya (20); Perlis (8),”ujarnya.

Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,209 kes kangkitan harian dan 103 korban akibat wabak pandemik ini. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply