Home Semasa COVID-19: Pesakit diminta mengucap, video call keluarga sebelum ditidurkan

COVID-19: Pesakit diminta mengucap, video call keluarga sebelum ditidurkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Pesakit COVID-19 diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah dan hubungi keluarga melalui panggilan video buat kali terakhir.

Itu prosedur yang dilakukan oleh petugas kesihatan terhadap pesakit COVID-19 yang akan ditidurkan dan dibantu oleh

mesin pernafasan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh salah seorang petugas Hospital Sungai Buloh, Sharin Sahbudin sebelum dimuat naik di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

“Seorang pesakit COVID yang ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan. Prosedur sebelum ditidurkan kami akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja,

“Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit COVID aku,

“Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati tu pasti… daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali,” kata Sharin Sahbudin.

Semalam, Malaysia mencatatkan sebanyak 126 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dan jumlah ini adalah yang tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik melanda negara.

Sehingga kini, terdapat 2,993 kes kematian dilaporkan akibat jangkitan COVID-19. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply