Home Semasa Total lockdown: Kilang minuman keras diarah tutup serta-merta

Total lockdown: Kilang minuman keras diarah tutup serta-merta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua operasi kilang minuman keras di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta merta dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘total lockdown’.

Beliau berkata, kebenaran untuk beroperasi hanya diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ianya hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,

“Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply