Home Semasa Mufti Perak meninggal dunia

Mufti Perak meninggal dunia

by Nurulhuda

IPOH, 30 Mei – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.

Pengesahan tersebut dimaklumkan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria baru sahaja meninggal dunia,” menurut hantaran itu yang dimuat naik pada pukul 3.04 petang tadi.

Harussani sebelum ini disahkan dijangkiti COVID-19 dan dilaporkan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), HRPB sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Harussani, dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun pusat, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran; Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply