Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot nelayan Vietnam ceroboh, guna nombor pendaftaran palsu

APMM tahan bot nelayan Vietnam ceroboh, guna nombor pendaftaran palsu

by Nurulhuda

KEMAMAN, 30 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman telah menahan 3 bot nelayan Vietnam dengan menggunakan nombor pendaftaran tempatan pada jarak sekitar 31 hingga 35 batu nautika timur laut Kuala Kemaman, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, pihaknya turut menahan 24 kru termasuk 3 tekong warga Vietnam yang berumur di antara 20 hingga 44 tahun kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Ketiga-tiga bot tersebut ditahan oleh Kapal Maritim (KM) GEMIA yang sedang melakukan rondaan rutin Operasi Iman dan Operasi Khas iaitu Operasi Kuda Laut, Operasi Naga Barat dan Operasi Pagar Laut di perairan negeri Terengganu.

Menurutnya, bot-bot mencurigakan itu dikesan berikutan ciri dan struktur fizikal yang menyerupai bot nelayan Vietnam namun menggunakan nombor patil tempatan dan sedang menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bot itu dikendalikan 24 kru termasuk tekong berumur antara 20 hingga 44 tahun yang kesemuanya warga Vietnam dan telah mengemukakan dokumen pengenalan diri, permit kerja serta lesen bot yang meragukan,

“Bot serta 24 kru termasuk tekong ditahan dan turut dirampas peralatan mencandat sotong serta bekalan diesel beranggaran 1,500 liter. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM2.4 juta,

Rashidilhadi berkata, tahanan dan hasil rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman. Untuk tindakan lanjut.
“Kesemua tahanan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia,

“Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply