Home Semasa Pesawat Israel lintas ruang udara Malaysia secara sah – Kementerian Pengangkutan Malaysia

Pesawat Israel lintas ruang udara Malaysia secara sah – Kementerian Pengangkutan Malaysia

by M.Daim

PUTRAJAYA, 29 Mei – Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini mengesahkan pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) terbang melalui ruang udara Malaysia dengan kebenaran.

“Pesawat awam berkenaan disahkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” kata Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan pada hari ini.

Malaysia merupakan sebahagian negara anggota ICAO.

“Sebagaimana peraturan-peraturan ICAO, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan daripada melalui ruang udara selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Kementerian Pengangkutan Malaysia turut menegaskan pesawat tersebut tidak dibenarkan berlegar-legar dan mendarat di Malaysia.

“Tiada corak penerbangan yang tidak normal ketika pesawat tersebut melalui ruang udara Malaysia,

“Pihak berkuasa penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa pesawat tersebut tidak kembali keruang udara Malaysia setelah tiba di destinasinya, Singapura,” tegas kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply