Home Semasa Kes harian COVID-19 lepasi angka 9 ribu

Kes harian COVID-19 lepasi angka 9 ribu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Malaysia terus merekodkan kes baharu tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 9,020 kes dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di media sosialnya berkata, penambahan kes harian itu menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 558,534 kes pada hari ini.

Menurutnya, Selangor terus kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi, dengan merekodkan 2,836 kes dan sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 182,338 kes.

Ini diikuti dengan Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789), Sarawak (726), Johor (468), Kedah (468), Pulau Pinang (345), Melaka (340), Perak (272), Sabah (265), Labuan (253), Pahang (216), Terengganu (189), WP Putrajaya (29) dan Perlis (19).

Semalam, negara mencatatkan kes harian baharu 8,290 kes dengan 61 kematian direkodkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply